Monday, April 11, 2011

Panduan DPLI - Kenapa Jawatan Guru Kerajaan Menjadi Pilihan

PANDUAN DPLI

5 sebab kenapa jawatan guru DPLI kerajaan menjadi pilihan

Assalamualaikum / salam sejahtera,

Berikut adalah 5 sebab mengapa jawatan guru DPLI kerajaan menjadi pilihan, benar atau tidak kita sama-sama perhatikan.


1. Jaminan pekerjaan


Jaminan pekerjaan merupakan aspek utama oleh semua orang yang inginkan kerja makan gaji. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, kerjaya di sektor swasta boleh membawa risiko ketika syarikat menghadapi masalah kewangan. Banyak organisasi yang muflis.

Jarang berlaku pembuangan pekerja di sektor awam walaupun ketika ekonomi meleset. Malah pihak kerajaan pula yang menyediakan lebih peluang kerjaya memandangkan kekurangan sumber pekerjaan di sektor swasta.


2. Faedah pencen


 kerja sehingga tiba waktu untuk bersara dan nikmati faedah pencen hingga ke akhir hayat. Wang pencen akan masuk ke dalam akaun bank seperti [prospek] masih bekerja dengan kerajaan.

Bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, mereka hanya mempunyai akaun KWSP atau EPF. Simpanan KWSP akan diberi secara langsam kepada pesara dan tidak menerima pencen seperti pekerja kerajaan.


3. Gaji Guru DPLI dan KPLI lebih besar


Biasanya gaji yang ditawarkan kepada dalam sektor kerajaan mempunyai nilai angka yang lebih tinggi dari sektor swasta. Jumlah ini belum dicampur dengan elaun sara hidup, imbuhan tetap kakitangan awam (ITKA), elaun keraian elaun wilayah dan elaun pedalaman.


4. Elaun tambahan


Ada banyak jenis elaun yang disajikan untuk kemudahan [prospek] jika berkhidmat di sektor awam. Di antaranya ialah imbuhan tetap kakitangan awam (ITKA), elaun perumahan, elaun keraian elaun wilayah dan elaun pedalaman.

Jika anda bekerja sebagai pekerja swasta, adakah anda menikmati elaun seperti ini?


5. Kerja guru DPLI dan KPLI Kerajaan tidak seteruk sektor swasta


Kebanyakan masyarakat beranggapan bekerja dalam sektor awam adalah seperti masuk jam 8 pagi dan keluar jam 5 petang. Namun, tanggapan ini meleset sama sekali kerana terdapat sebahagian staf awam yang bekerja lebih masa untuk berkhidmat untuk negara. Akan tetapi jika hendak dibandingkan dengan staf swasta, pastinya lebih ramai di antara mereka yang terpaksa membanting tulang semata-mata hendak berkhidmat kepada syarikat.


Salam pendidikan,


[Shariman Johari]
Berminat untuk menjadi guru DPLI? Perlukan Tips dan Panduan?
Klik http://www.panduandpli.com/index.php?ref=drift]